Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kebaikan Slimming Set Shaklee

Salam ..entry kali ni saya share secara ringkas apa suplemen untuk Slimming Set  yang tubuh kita perlukan dan berikut adalah cadangan suplemen Shaklee. Pertama : Detox Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum Utk detox ni, korang boleh mulakan dengan Herb Lax, sejenis mild laxatif daripada Shaklee. Utk ibu2 yang menyusukan anak, tak berapa recommend sangat la sebenarnya sebab risau efek kat baby (sesetengahnya). Jika anda gusar, tak perlu ambil Herb Lax pun takpe tapi pastikan anda konsisten dengan alfalfa/fiber k? Bagi yang lain, sangat recommended. Kedua : Protein Tahukah anda bahawa utk mengawal berat badan, pengambilan protein sebenarnya sangat penting? Protein bukan aje utk bina badan, bina muscle tau .. tetapi protein ni sebenarnyalah antara zat ...

Vitamin Shaklee untuk darah tinggi

Tahukah Anda? Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia. Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996, tambah beliau dalam ucapan pembukaan di Mesyuarat Tahunan Saintifik Ketujuh Persatuan Hipertensi Malaysia. Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan. Presiden Persatuan Jantung Nasional (NHAM) Dr. Sim Kui Hian berkata negara ini kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh pen...

Energizing Soy Protein Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee

Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max. Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera. Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap). Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya ama...

Wow!!! Banyaknya Kebaikan Zinc Shaklee

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi tentang Kebaikan ZINC Shaklee...... Apakah zinc?Zinc adalah mineral penting yang terdapat pada hampir setiap sel.Zinc juga berguna untuk pertumbuhan tubuh yang normal dan perkembangan manusia mulai dari masa kehamilan, anak-anak dan dewasa. Zinc boleh juga kita perolehi dari sumber makanan ini: ◦Hati ◦Daging ◦Ayam/itik ◦Makanan laut seperti tiram ◦Kekacang (OffalsNuts) ◦Bijiran ◦Kekacang ◦Bijiran penuh Tetapi saya tetap memilih Zinc Shaklee kerana terdapat 17 keistimewaannya..nak tahu,jom baca Penjagaan Kulit:  Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. Anda ada masalah kulit muka?Jum tambah Zinc dlm diet harian Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabk...

Seronoknya berpantang dengan Vitamin Shaklee

Alhamdulillah dan tahniah buat anda yang bergelar ibu..tahniah untuk anda yang telah memilih Shaklee sewaktu berpantang..dan untuk ibu yang tercari-cari Vitamin apakah yang sesuai saya suka mencadangkan set berpantang shaklee Apa kata kita baca pengalaman Kak N..kedua2 anak beliau dilahirkan secara ceaser, sekarang anak beliau dah pun besar, yang bongsu tu umur dlm 4 thn...memang beliau recover cepat, fully breastfeed, dan maintain slim..Ini dia komen dan pengalaman beliau sendiri tentang vitamin2 yg beliau mkn sepanjang tempoh berpantang..,pengamal supplemen tegar selama 11tahun... Apa yang ada dalam set berpantang ini? VITALEA Multivitamin lengkap dengan formula zat besi-Zat besi sangat penting untuk pembinaan sel darah merah. Tanpa cukup zat besi si ibu akan kelihatan mudah pucat lesi, tak bermaya dan paling teruk mudah pengsan atau pitam. Pengambilan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tida...

Owhhh Obesiti..Semuanya Bermula dari Pemakanan Yang Tidak Sihat

Pemakanan sangat penting untuk kita. Tak makan, dari mana nak dapat tenaga untuk hidup. hanya dengan makan sahaja kita boleh meneruskan hidup di dunia ni. TAPI, tak bererti kena makan kita boleh makan somborono je. Ada tata tertib yang perlu kita jaga. Tak jaga, makanan tu yang akan membunuh kita dalam diam! Tak takut ke ngan OBESITI seperti gambar nie???? Kali ni saya akan kongsi ciri pemakanan yang tidak sihat yang sangat sedih – ramai yang kita lakukan! Makan secara berlebihan Ramai yang suka makan. Tak salah kalau suka makan. cuma apabila makan, pastikan jangan lebih dari jumlah yang sepatutnya kita makan. Ni tak, pagi-pagi dah bedal nasi lemak 3 bungkus, kesiannnn kat perut tu! Makan tidak mengikut waktu makan Perut ni organ yang sangat penting dan perlu dijaga. Cara paling mudah untuk jaga adalah kena jaga waktu kita makan. Maksudnya pagi, tengahari dan malam tu kena ada waktu yang sama untuk kita makan. Barulah perut terjaga Makan makanan tinggi gula Kuih kat Malay...

Testimoni Set Penyusuan Shaklee

Assalamualaikum! Ramai yang telah berpuashati setelah mencuba set Eu-Four + ESP. Sama ada penghasilan susu meningkat (utk ibu menyusu), mahupun hilang rasa letih, lenguh-lenguh dan sebagainya. Jom kita baca apa kata mereka...Set Eu-Four pack ini mengandungi Ostematrix, Vitamin C, B complex dan Vitalea. Inilah dilema seorang ibu yang di sindir kerana niatnya ingin menyusukan anak tersayang..Jika ianya tidak berlaku pada anda maka bersyukurlah..kisah inilah yang berlaku dalam masyarakat dan ianya adalah benar2 berlaku..dan alhamdulillah saya cuba memberikan konsultasi pada beliau.. Ikuti Testimoni yang beliau PM pada saya beliau begitu seronok dengan kesan Optimum pengambilan set penyusuan shaklee   yang konsisten,pesan saya cuma Konsisten, 3Ldan Berdoa..dan inilah HASILNYA Info Pembelian Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan: i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian ii.Jadual Pengambilan Vitamin akan di b...

Kebaikan Nutriferon Shaklee

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi. Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya.  Prevention is better than cure   Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku. Bagaimana Caranya Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh...

Jom Baca 10 Punca Kegemukan

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan. Ada yang nak langsing, tapi tak boleh-boleh juga langsing, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.Saya  akan berkongsi petua tentang 10 sebab mengapa badan boleh jadi gemuk. Kenapa berat anda tidak mahu turun... 1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan. Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan. Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambi...