Tips Kawal Selera Makan Amalan makan buah-buahan sebelum hidangan bantu kurang berat badan, hindari penyakit makan buah-buahan sebelum makan makanan berat adalah tabiat yang baik, tetapi yang lazimnya berlaku, buah sering dijadikan sajian pencuci mulut atau hidangan terakhir selepas makanan utama. Hakikatnya, mendahulukan buah-buahan adalah baik berdasarkan konsep mengalas perut kerana ia tidak menjejaskan kepadatan tenaga makanan dan pengambilan tenaga menyeluruh biarpun seseorang itu dalam fasa menyekat pengambilan kalori. Malah, ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa penurunan berat badan yang ketara dapat dicapai bila individu dapat mengalas perut dengan tenaga yang rendah kepadatannya (misalnya buah) sebelum makan makanan utama.
PENGEDAR SAH SHAKLEE KEPALA BATAS, BERTAM,PENAGA,TASEK GELUGOR,SUNGAI PETANI,BUKIT MERTAJAM,SEBERANG JAYA, PENANG