Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Permata Hati

VITAMINSHAKLEE LENGKAP DAN TERBAIK UNTUK KANAK- KANAK

Alhamdulillah.. Sekejap jer masa berlalu..semoga setiap waktu yang berlalu telah kita isi dengan perkara yang memberi manfaat serta memberi kebaikan kepada ummah.. Salam Ceria sihat dan Bahagia buat semua pengunjung blog Mama Ina.. Hari nie Mama Ina nak kongsikan Pengalaman Mama Ina  Menyelesaikan Masalah Anak Yang Kurang Selera Makan Kisahnya boleh baca disini Inilah Situasi yang mama ina lalui sebelum mencuba Vitamin Lengkap untuk Kanak-Kanak Saya:Aiman...Jom Makan Nasi... Aiman:Kan semalam dah makan(smlm dia 3 hari yg lepas) (Anak saya umur 4 tahun makan nasi 3 hari sekali) Meal Shake antara Vitamin Yang sangat membantu mengatasi Masalah Kurang selera makan .InginLebih Info boleh baca disini CADANGAN VITAMIN OLEH MAMA INA   UNTUK SI MANJA ANDA.. 1-Mealshake-French vanilla(544g) 2-Omega guard(90 capsules) 3-Chewable vitamin C 100MG(90 tablets) 4-Vitalea for Children(Chewable)(65 tablets) INGIN LIHAT TESTIMONI KAMI TESTIMONI LAGI I...

Sahurnya semudah ABC

Salam semua... Syukur alhamdulillah dipanjangkan usia kami sekeluarga,diberikan pula nikmat sihat di bulan yang mulia ini...alhamdulillah juga kerana ada ruang dan peluang untuk berkongsi kisah perjalanan hidup saya Anda apa khabar? rupanya dah 7 bulan saya tidak tidak bertanyakan khabar anda namun anda semuanya sentiasa dalam doa saya setiap hari...cumanya kalau bayi yang berusia tujuh bulan dah mula pun pandai melonjak-lonjak,belajar memegang,tumbuh gigi,kemahiran mengenal..begitulah lama nya saya tidak membelek blog Sihat Satu Anugerah ini...  ..namun saya rasa seronok andainya apa yang saya cuba kongsikan ini membawa manfaat yang besar buat anda...eh bagaimana yer hari pertama puasa si kecil anda..alhamdulillah anak sulung yang berusia 5 tahun ini  berjaya bangun sahur dengan mudahnya dan berpuasa seperti kawan2 yang lain di Tadika.. Istimewanya Ramadan kali ini dia dah faham pengertian puasa mengikut tahap usianya.."mama bila puasa makan dengan m...

Berilah Mereka Susu Yang Berkualiti..

Saya ingin berkongsi pengalaman,kisah saya dan pengambilan supplement saya percaya ramai ibu di luar sana  yang memilih natural parenting dalam membesarkan anak..Tahniah juga untuk saya dan semua ibu2 yang memilih untuk menyusukan bayi..Besar pahalanya bila kita menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan menunaikan hak anak2 untuk mendapatkan yang terbaik dari ibu mereka... Saya belajar dari pengalaman anak pertama "SAYA GAGAL MENYUSUKAN ANAK KERANA TIADA ILMU"oleh itu pilih dan makanlah vitamin dgn ilmu kerana kita akan lebih menghargainya.. Jadi apabila kita memilih untuk menyusukan anak yang paling utama pastikan kita sentiasa berada dalam keaadaan yg cukup sihat dari segi fizikal @ emosi.. Saya bersedia dgn cara saya iaitu memilih untuk mengambil supplement@makanan tambahan lain bagi memastikan badan saya sihat sekali gus dapat menghasilkan susu yg berkualiti sehebat kuantiti untuk bayi kembar...Saya sendiri mendisiplinkan d...

Gagal Menyusu..Bila Tiada Ilmu!

Salam buat semua kwn2..alhamdulillah hari ini saya diberi kelapangan untuk menulis dan berkongsi beberapa tips untuk ibu yang yang ingin menyusukan anak.. Ramai kwn2 yg bertanyakan bagaimana saya menyusukan bayi kembar dan mereka begitu sihat dan aktif.Saya akan cuba kongsikan bagaimana cara mengatasi satu masalah yang saya anggap adalah satu cabaran bagi ibu yang baru melahirkan bayi atau ibu yang sebelum ini pernah gagal seperti saya oleh kerana kurang mencari info berkaitan penyusuan . saya pegang satu kata kunci iaitu dalam kehidupan ini apa  yang ingin kita lakukan kita mesti mempunyai ilmu tentang perkara itu  Berikut adalah apa yang ibu- ibu perlu tahu:- Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, sus...

Didik Anak 4 tahun Berpuasa

Syukur Alhamdulillah Ramadhan datang lagi... Ya Allah kepadamu kami beriman Keranamu kami berpuasa Di bulan ini bulan yang mulia Kami mohon rahmatmu dan keampunanmu Ya Allah Bagaimana dengan hari pertama anda berpuasa?  kenapa baru hari ke 10 saya bertanya? jawapannnya mudah, saya baru selesai menarik nafas lega kerana peperiksaan Trial SPM anak didik saya baru selesai..bunyi macam sayalah calon SPM 2010..saya sangat  RISAU kerana mereka anak sulong walaupun saya bukan ibu mereka, tapi saya menggalas satu tanggungjawab yang cukup besar mengajar dan mendidik mereka agar menjadi INSAN yang berguna.. Bagaimana dengan Menu Bersahur?   saya bangun seawal 4.40 pagi..menyediakan sahur untuk saya dan suami..kami makan yang ringkas untuk sahur tapi minuman yang tidak pernah kami tinggalkan ialah Performance Drink ..Kalau kita lihat iklan 100plus di kaca TV, ia mempromosikan kebaikan minuman ini di bulan puasa kerana kemampuannya memastikan kita sentiasa bertena...

Kisah Kejayaan Saya Menyusukan Kembar Amna & Anis dengan Set Penyusuan Shaklee

Alhamdulillah saya masih lagi meneruskan penyususuan susu ibu sehinggalah Amna dan Anis berusia 24 bulan.Saya tidak menetapkan sesuatu tempoh ianya mesti berakhir sehingga bila kerana saya selalu berdoa "Ya Allah kurniakan kepadaku kekuatan untuk menyusukan anak-anakku selama yang mungkin kerana setiap yang berlaku hanyalah dengan izinmu,Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami dan berkatilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu..   AMNA NAJIHAH(KAKAK) ANIS NABIHAH(ADIK) Bagaimana saya begitu YAKIN dengan Shaklee? Bermula pada thn 2009 Sewaktu kandungan saya  berusia 5 bulan saya saja-saja  mencuba 1 tin ESP sebelum ditukarkan kepada canister)kerana kesian pada seorang  kwn bersungguh-sungguh bercerita tentang ESP sehinggalah saya melahirkan Amna &Anis.Alhamdulillah kesan ESP 1 tin itu kulit mereka cukup bersih dan gebu..saya mula terfikir bagimanalah rupanya jika bertin-tin ESP masih diteruskan pengambilannya...

Tips Didik Anak Pintar Cerdas

Antara idola saya dalam mendidik aiman,amna dan anis menjadi anak yang solehah adalah luqmanul hakim..sungguhpun saya sedar mendidik anak2 menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dlm buku, majalah dan seminar.. Namun, nasihat dan panduan ini boleh dijadikan landas untuk saya merealisasikan impian murni ini..dan untuk aiman,amna dan anis, bacalah selalu nasihat ini, semoga kalian sentiasa di bawah lindungan Allah. Luqmanul hakim berpesan kepada anaknya: 1.Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama (org yg bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yg mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yg mati dgn hujan yg lebat. 2.Janganlah engkau jd lbh lemah drp seekor ayam jantan, ia telah berkokok pd waktu pg hari sdgkan engkau pd ketika itu masih terbaring di katilmu. 3.Janganlah engkau menangguhkan taubat kpd Allah kerana mati itu akan dtg secara tiba-tiba 4.Dunia ini bagaikan lautan yang dlm, byk org sudah ...

Selamat Hari Lahir Abah&Mak

Selamat Hari Lahir Abah yang ke-63(9/Julai ) Selamat Hari Lahir Mak Yang Ke-56(12/Julai) Sesungguhnya saya sering panjatkan rasa syukur kerana masih lagi dapat melalui kehidupan ini bukan seorang diri,saya masih punyai Abah dan Mak,saya Punyai seorang suami yang cukup penyayang,saya dikelilingi anak-anak yang sihat dan comel...Saya bersyukur Allah panjangkan usia Abah dan Mak.. Mak mengandung selama 9 bulan kemudian melahirkan saya dengan risiko nyawa melayang. Ketika saya masih bayi tak berdaya, mereka beri kita minum dan makanan. Ketika saya buang air, tanpa jijik mereka membersihkan saya dengan penuh cinta. Saya diberi pakaian dan juga pendidikan. Segala-galanya diberikan untuk saya dan kakak Saya mohon pada Allah dengarlah doa saya...Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga iaitu sadaqah jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya. (HR. Muslim) kerana saya begitu takut dengan hadis ini...Apabila seorang men...

Amna&Anis turns to One(1)

Happy birthday to Amna&Anis/Kakak&Adik! Tanggal 12 Mac 2010..dah genap setahun kakak&adik dilahirkan dan menikmati susu mama pagi,petang,siang mahu pun malam... Mama doakan kakak&adik menjadi anak yang solehah dan tak lupa asal usul keluarga bila dewasa. Nak, mama puas dapat menyusukan kalian . Jgn berhenti menyusu dari mama nak.Panjangkan sehingga bila kakak&adik mahu. Kerana ianya satu perasaan yang indah untuk mama. Dalam apa jua keadaan, mama masih jadi org yang kakak& adik nanti bila-bila masa.Sering mama teringat akan debaran 9bulan mengandungkan kalian ditambah pula rasa takut sepangjang masa untuk mengeluarkan kalian..namun Allah sentiasa mendengar doa mama..Allah hilangkan rasa sakit melahirkan kakak&adik. Masih mama ingat kata2 Dr Khairiah yang mama pilih untuk menyambut kakak&adik katanya”Puan,mohon ampun dari Allah,dari suami banyakkan ingat Allah agar Allah permudahkan ,pesannya masih segar dalam ingatan lagi ,bila mama berdoa A...

Selamat Tahun Baru 2010

Seperti yang ramai sedia maklum, saya ada seorang Putera yang usianya akan genap 4 tahun pada 8 Mei 2010 dan Puteri Kembar saya akan genap 1 tahun pada 12 Mac 2010 Saya sangat sayangkan mereka. Sangat . Suami juga . Anak-anak juga saling sayang sesama mereka. Gaduh tetap gaduh. Adat adik beradik. Tetapi mereka tak boleh tak ada salah seorang. Dunia tak kena. Mereka juga everyone’s favourite didalam keluarga saya mahupun suami. Wan&Umi.Tok Ki& Tok.MakLong &Pak Long mereka seisi keluarga.dan aunty2 sentiasa rindukan keletah mereka. Abang Aiman Husaini selaku anak sulung selalu beralah pada org lain walaupun kdg2 itu permainan atau kepunyaan dia. Bagi saya tak mengapa. Ada 1001 hikmah bila beralah. Aiman Husaini juga belajar berkongsi pada usia yang sangat muda dengan adik-adiknya. Saya kasihan, kadang2. Tapi saya bangga, dengan sifat ini InsyaAllah Aiman Husaini akan mudah mendapat kawan dan kurang musuh. Anak-anak punya banyak ragam. Saya tahu. terutama ketika ib...