Langkau ke kandungan utama

Jom Baca 10 Punca Kegemukan

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan.

Ada yang nak langsing, tapi tak boleh-boleh juga langsing, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun.Saya  akan berkongsi petua tentang 10 sebab mengapa badan boleh jadi gemuk. Kenapa berat anda tidak mahu turun...


1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. "Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana?" Ya, sebab itu gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tidak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. "Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada" Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!
Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.
Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.
Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan?Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.
Ya, ini untuk mereka yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.
Mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.
Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.
Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada.
Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.Walau bagaimanapun, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan.Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.
Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.
Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. Apabila kandungan hormon leptin ini rendah, selera makan anda akan bertambah!

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punyai impian, ada harapan dan cita-cita masing-masing. Semoga semuanya akan tercapai.
Salam Sayang!

NorwinaMH
(Id shaklee: 830029)
Emel: norwina@smskb.edu.my/ wina.mh@gmail.com
Hp: 012-3466986

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Wow Hebatnya Testimoni Skin Care Set + GLA Shaklee

Selamat Berhujung Minggu buat semua kawan,Pengunjung Setia Blog Mama Ina..Alhamdulillah Hari nie berkesempatan Update Blog untuk terus berkongsi lebih banyak kebaikan Supplement Shaklee..Untuk Perkongsian Hari nie Mama Ina pilih Supplement Yang Sangat Hebat iaitu GLA Complex Apa itu GLA Complex Ada yang pernah bertanya Mama Ina Shaklee ada EPO (Evening Primrose Oil) atau tidak? Jawapannya, ADA! ..Macam- macam ada..... Tetapi kami di Shaklee namakan GLA bukan  EPO sebabnya  khasiat dan kebaikannya yang lebih baik dari EPO.  GLA ialah singkatan bagi Gamma-Linelonic Acid.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. Jika anda tahu apa kandungan EPO, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang GLA bukan, kerana EPO kaya dengan sumber GLA. Fungsi GLA Complex kami ialah...jeng-jeng *Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid *Membantu meningkatkan kesuburan *Melegakan PMS (sindrom pra-haid) *Membantu dalam menangani menopus *Menguatkan kuku

Jom Amalkan 7 Cara Meningkatkan Metabolisme Badan

Salam Ceria sihat dan Bahagia buat semua pengunjung blog Mama Ina.. Hari nie mama ina nk share info tentang kesihatan pulak memandangkan kita semua masih dalam mood hari raya dengan jemputan rumah terbuka dan semua makanan sangat lazatkan..maklumlah dalam riang - ria aidilfitri kesihatan pun mesti dijaga dengan baik.. Susahnya nak diet nie??????  Betul ke susah..Jom kita ikut Tips nie..cuba amalkan dan jangan ada istilah susah@stress sb kesihatan kita..kita yang tentukan bukan orang lain.Bila kita sakit kita jugak yang menanggungnyakan..ok jom kita mulakan.   Sebenarnya Sambil makan2 depan tv @ melayari internet pun kita masih boleh bakar kalori. Caranya bukan berdiet teruk..tapi dengan mengamalkan "makanan & cara pemakanan" yang boleh tingkatkan metabolisma kita (yg makin lemah bila umur makin meningkat). Bila metabolisma badan dah speed-up & up-to-date maka lebih cepat la badan kita boleh bakar lemak2 yg berlebihan tu! ;) Kajian menunjukkan, bukan ma

Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil Sihat Trimester I &II

Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur bila pagi tadi mendapat berita gembira dari pelanggan setia Vitamin Sihat&Cantik Online iaitu Puan Suhaila dari Johor yang beliau telah hamil.Anda ingin tahu vitamin apa yang perlu diambil ketika hamil.Buat semua ibu yang hamil saya mengharapkan tahap kesihatan anda berada pada tahap yang paling baik dan ibu-ibu tabahkalah hatimu menghadapi hari-hari sukar Trimester Pertama  Ok Jom Kita lihat apakah jenis Vitamin untuk Ibu2 ini Ibu hamil hanya memerlukan vitamin asas ketika hamil kerana apa yang penting sekarang adalah kandungan ibu. Antara viamin yang disarankan adalah Protein, Multivitamin dengan Iron, B-complex yang lengkap dengan asid folik, Vitamin C, Kalsium serta Omega ( Minyak Ikan).   • Fungsi setiap vitamin • Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah : 1-Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan  perkembangan sel boleh terbantut. 2-Multivitamin dengan zat besi : demi m

Berilah Mereka Susu Yang Berkualiti..

Saya ingin berkongsi pengalaman,kisah saya dan pengambilan supplement saya percaya ramai ibu di luar sana  yang memilih natural parenting dalam membesarkan anak..Tahniah juga untuk saya dan semua ibu2 yang memilih untuk menyusukan bayi..Besar pahalanya bila kita menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan menunaikan hak anak2 untuk mendapatkan yang terbaik dari ibu mereka... Saya belajar dari pengalaman anak pertama "SAYA GAGAL MENYUSUKAN ANAK KERANA TIADA ILMU"oleh itu pilih dan makanlah vitamin dgn ilmu kerana kita akan lebih menghargainya.. Jadi apabila kita memilih untuk menyusukan anak yang paling utama pastikan kita sentiasa berada dalam keaadaan yg cukup sihat dari segi fizikal @ emosi.. Saya bersedia dgn cara saya iaitu memilih untuk mengambil supplement@makanan tambahan lain bagi memastikan badan saya sihat sekali gus dapat menghasilkan susu yg berkualiti sehebat kuantiti untuk bayi kembar...Saya sendiri mendisiplinkan diri saya untuk makan vitamin setiap pagi,min

RASAI KEHEBATAN VITAMIN E SHAKLEE

Alhamdulillah gembira sungguh Mama Ina  ramai yang PM/Email/SMS/Whatsapp sebab nak kenali "Cinta Hati Mama Ina" nie Jadi Tak Kenal Maka Tak Cinta..Jom Tengok dulu Si Dia ini Apa Soalan yang Kerap ditanya..Mama Ina Jawab disini yer ..

Testimoni Bergambar dan Rahsia Kulit Cantik Menawan

Alhamdulillah selesai menguruskan order Set "Vitamin Cantik Menawan" dan   menjawab semua email customer yang sangat teruja untuk mencuba Supplement Cantik yang Mama Ina jual nie..nak tahu tak apa soalan yang ditanya dan minta Mama Ina "SEGERA REPLY".. SOALAN email di INBOX Mama Ina Ramai customer yang tanyakan saya 1)Wina berapa hari nampak kesan ? 2)Wina dalam masa 7 hari dah nampak cantik ker? 3)Wina Mahal sangat la 4)Wina Set nie boleh tahan berapa lama? 5)Wina kalau bila dah cantik saya stop ada side effect tak ? 6)Wina kalau saya beli camner cara nak makan 7)Wina saya mengandung boleh ambil ker set cantik menawan nie.. #Memang inilah soalan yang memenuhi INBOX email Mama Ina JAWAPAN Mama Ina: (Entry kali ini menjawab Soalan 1-4 dulu yer) Kalau nak cantik.. perlulah berkorban sedikit.. masa / wang ringgit.. cari produk yang berbentuk Supplement walaupun harga mahal sedikit.. dah mengambil masa untuk melihat kesannya.. tapi berbaloi. dan tak memba