Kesihatan Itu Kekayaan

Wednesday, May 19, 2010

Amna&Anis turns to One(1)





Happy birthday to Amna&Anis/Kakak&Adik!

Tanggal 12 Mac 2010..dah genap setahun kakak&adik dilahirkan dan menikmati susu mama pagi,petang,siang mahu pun malam... Mama doakan kakak&adik menjadi anak yang solehah dan tak lupa asal usul keluarga bila dewasa. Nak, mama puas dapat menyusukan kalian . Jgn berhenti menyusu dari mama nak.Panjangkan sehingga bila kakak&adik mahu. Kerana ianya satu perasaan yang indah untuk mama. Dalam apa jua keadaan, mama masih jadi org yang kakak& adik nanti bila-bila masa.Sering mama teringat akan debaran 9bulan mengandungkan kalian ditambah pula rasa takut sepangjang masa untuk mengeluarkan kalian..namun Allah sentiasa mendengar doa mama..Allah hilangkan rasa sakit melahirkan kakak&adik. Masih mama ingat kata2 Dr Khairiah yang mama pilih untuk menyambut kakak&adik katanya”Puan,mohon ampun dari Allah,dari suami banyakkan ingat Allah agar Allah permudahkan ,pesannya masih segar dalam ingatan lagi ,bila mama berdoa Allah jadikan mama kuat tenaga untuk mengeluarkan kakak&adik. Payahnya Abah&mama nak berjumpa kalian . Jadi, mama berdoa kalian jadi anak yang baik dan hormatkan org yang lebih tua darimu seperti Abang aiman,abah, mama dan semua ahli keluarga kita termasuk wan,ummi, Tok ki, tok, pak long&maklong, dan aunty2 dan uncle mu. Nak, seorang ibu takkan berhenti berdoa untuk kesejahteraan anaknya sehinggalah matanya terpejam dan tertanam 7 kaki ke bumi.. Selamat Hari UlangTahun Yang Pertama sayang...