Kesihatan Itu Kekayaan

Monday, April 21, 2014

Tips Banyak Susu

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Badan

“Bolehkah menyusukan semula baby kalau dah stop menyusu dan susu dah tak keluar?”

Salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu adalah dengan cara lakukan teknik Power Pumping. Teknik ini juga digunakan bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan anak angkat kerana teknik ini dapat merangsang penghasilan susu.

Kenali Power Pumping
Power Pumping merupakan satu teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia merupakan teknik mengepam yang biasa tetapi dalam cara yang lebih unik dan lebih konsisten. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan bekalan susu ibu.

Cara Lakukan Power Pumping
Lakukan teknik ini selama 1jam.

Double Pump - Caranya pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit dan rehat selama 10 minit, sambung pam 10 minit dan rehat 10 min sehingga tempoh 1 jam tamat.

Single Pump - Caranya pam sebelah kanan dahulu selama 10 minit, lepas tu sambung pam sebelah kiri pula 10 minit, tukar semula sebelah kanan 10 minit, pastu tukar kiri semula 10 minit berterusan sehingga 1 jam.

Siapa Yang Perlu Buat Power Pumping?
Antara golongan yang perlu / sangat digalakkan melakukan teknik ini ialah:-
Ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu - perubahan hormon, period, jarang pam susu dan sebagainya.
Ibu yang ingin menyusukan semula bayi setelah berhenti menyusu
Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini boleh merangsang penghasilan susu

Waktu Sesuai Lakukan Power Pumping
Waktu yang paling sesuai untuk ibu-ibu lakukan teknik ini ialah pada waktu malam lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam ke pukul 6 pagi. Ini kerana pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi.

Berapa Kali Perlu Lakukan?
Seelok-eloknya teknik ini perlu dilakukan sekali sehari. Ini bertujuan menghantar rangsangan ke otak supaya penghasilan dan pengeluaran susu berlaku dengan lebih cepat.

Berapa Lama Baru Nampak Kesannya?
Perlu diingtkan kepada ibu-ibu bahawa bukan sekali buat kita dah dapat hasil seperti yang diingini. Lebih kurang seminggu atau 2 minggu kesannya baru dapat dilihat. Bergantung pada kekerapan melakukan teknik ini. Walaupun bila pam hanya keluar setitik dua, atau hanya 'pam angin' sahaja anda harus teruskan. Jangan terus give up. Apa yang penting Sabar, konsisten, istiqamah dan doa perlu bagi memastikan teknik ini berjaya. Dan tawakkal pada Allah kerana Dia yang lebih berhak menentukannya.


Kepada ibu-ibu bekerjaya, yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat digalakkan lakukan teknik ini di malam hari. Insha Allah susu tidak akan berkurang. Malah sekiranya kerap lakukan teknik ini susu akan bertambah dari masa ke semasa

Testimoni :Jika Inginkan Supplement untuk menjayakan Penyusuaan dan memberikan tenaga kepada ibu klik disini Rahsia Tambah Susu Badan 

Info Pembelian

Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii.Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
iii Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan juga servis COD Kawasan Kepala Batas,Sungai Petani,Bertam ,Butterworh,Bukit Mertajam ,Seberang Jaya

Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No : 012-3466 986
♥ Emel : wina.mh@gmail.com
LIKE MY FanPage: Vitaminsihatcantik