Kesihatan Itu Kekayaan

Monday, April 21, 2014

Meal Shake Atasi Sembelit dikalangan kanak-kanak

Cara Menghadapi masalah sembelit

* Berikan air yang lebih
Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.
Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.
Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat
Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.
Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.
Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup
Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap
Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik
Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-kanak, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.




Sumber: Utusan Malaysia (24/09/2006)


Info Pembelian

Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii.Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
iii Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan juga servis COD Kawasan Kepala Batas,Sungai Petani,Bertam ,Butterworh,Bukit Mertajam ,Seberang Jaya

Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor 
♥ Contact No : 012-3466 986
♥ Emel : wina.mh@gmail.com
LIKE MY FanPage: Vitaminsihatcantik