PEMAKANAN UNTUK MINDA ANAK KITA
Bilakah kita mahu mulakan pemakanan yang terbaik untuk anak kita?
Pertumbuhan otak bayi sebenarnya bermula sejak dari dalam rahem. Ia terus berkembang sehingga bayi berusia dua tahun. Jadi dalam tempuh ini, bayi perlukan bekalan makanan yang seimbang dan bernutrisi, seperti karbohidrat, protein, lemak sihat, mineral dan vitamin.
Sama ada bayi masih dalam rahem, atau telah dilahirkan, ibu adalah individu adalah orang yang bertanggungjawab memastikan bayi mendapat bekalan makanan yang terbaik.
Kekurangan makanan, terutamanya mikronutrien seperti mineral dan vitamin pada ibu akan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan otak bayi.
Antara tanda awal masalah ini ialah bayi dilahirkan tidak cukup berat. Selain fizikalnya yang kecil, saiz otaknya pun lebih kecil.
Jika tidak segera diperbetulkan cara pemakanan ini, ia menyebabkan bayi mungkin mengalami perkembangan mental yang perlahan khususnya kebolehan pertuturan dan mempunyai kecerdasan IQ yang lebih rendah apabila bersekolah nanti.
Jadi mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi harus dimulakan semenjak kehamilan dan selepas bayi dilahirkan sehingga berusia 2 tahun.
Untuk perkembangan otak yang baik, pastikan ibu mengambil makan nerikut:
1. Pastikan mendapat bekalan protein yang mencukupi antara 75-100mg sehari.
2. Dapatkan bekalan minyak sihat seperti minyak zaitun, avokado dan kekacang.
3. Ambil sayuran dan buahan sebagai sumber vitamin dan fiber.
4. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama. Ambil dari kumpulan karbohidrat yang kompleks dan tidak berproses.
5. Minum air yang secukupnya terutamanya ketika sedang memulakan penyusunan ibu untuk anak.
6. Ambil suplemen seperti multivitamin terutamanya vitamin B kompleks, zat besi, kalsium dan omega 3.
Susu ibu adalah sumber pemakanan bayi yang terbaik untuk pertumbuhan otak. Ia mengandungi segala nutrisi makanan.
Namun kandungan nutrisi ini berbeza-beza dalam setiap susu ibu bergantung pada gaya pemakanan ibu.
Jika merasa bahawa kandungan nutrisi dalam makanan kita tidak mencukupi kerana kerap mengambil makanan segera, makanan berproses dan makanan yang bergoreng (deep fry), dan makanan yang terlalu manis dan masin, amalkan suplemen terutamanya dalam bentuk vitamin dan mineral.
Pengambilan herba yang sesuai, disediakan dengan selamat dan tidak berlebihan juga digalakkan untuk kesejahteraan ibu sesudah melahirkan anak dan menambahkan susu ibu.
Semoga bermanfaat.
#sharingdrzubaidi
Testimoni Omega Guard shaklee
Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee ?Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah "JOIN NOW"
Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee ?Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah "JOIN NOW"
Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
http://wasap.my/+60123466986
==========
CARA ORDER:
===========
ā Call/ SMS/WhatsApp/
http://wasap.my/+60123466986
Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam,Pengedar Shaklee Bertam perdana,Pengedar Shaklee Bertam Putera,Pengedar Shaklee Bertam Indah,Pengedar Shaklee Tasek Gelugur,Pengedar Shaklee Penaga,Pengedar Shaklee Penang,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Butterworth,Pengedar Shaklee Kulim,Pengedar Shaklee USM Kepala Batas,Pengedar Shaklee Uitm Kepala Batas
Ulasan
Catat Ulasan