Bayi Baru Lahir :
Jaundis Neonatal (Kuning)
Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning.
Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.
Punca-punca Jaundis yang lain termasuklah:
- Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
- Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO.
- Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
- Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
- Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
- Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
- "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.
Komplikasi Jaundis
Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak.
Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).
Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan. Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.
Rawatan Jaundis
Sekiranya bayi anda kelihatan kuning, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai samada rawatan susulan di perlukan.
Rawatan yang biasa di lakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukarkan bilirubin tak berkonjugat kepada lstruktur yang lebih senang dikumuhkan dan disingkirkan melalui najis. Di mana ia senang di kumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis. Bayi akan didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan di tutup dengan penutup mata khas. Rawatan ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat.

Ramai yang telah mencuba
dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat.Anda boleh
dapatkan sekarang dengan Harga Runtuh yang sangat Menjimatkan Dengan pembelian anda di Vitamin Sihat&Cantik
,anda akan diberikan jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi
percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group
ekslusif tertutup diFB.
JOM
BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
Info Pembelian
Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii.Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
iii Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan juga servis COD Kawasan Kepala Batas,Sungai Petani,Bertam ,Butterworh,Bukit Mertajam ,Seberang Jaya
Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda
ā„ Shaklee Independent Distributor
ā„ Contact No : 012-3466 986
ā„ Emel : wina.mh@gmail.com
LIKE MY FanPage: Vitaminsihatcantik